Senin, 04 Februari 2013

Asal Usul Kaligrafi Arab

DOWNLOAD RATUSAN MAKALAH

BAB I
PENDAHULUAN

A. Rumusan Masalah
Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada cirri-ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah SWT. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahwa sesungguhnya Allah SWT itu indah dan kasih kepada yang indah”.
Antara hasil kesenian Islam yang dapat kita lihat sebagai bukti kehebatan sebuah tamadun Islam itu sendiri adalah melalui seni bina bangunan istana atau masjid dalam tamadun tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbinanya Taj Mahal, salah satu daripada keajaiban dunia yang menjadi kebanggaan masyarakat India hasil daripada ilham beberapa cendikiawan Islam Persia khususnya yang terhasil melalui pengaruh Hindu-Persia. Selain daripada Taj Mahal, Alhambra merupakan sebuah lagi bukti kehebatan seni bina Islam yang terdapat di Sepanyol. Bekas kubu pertahanan Kerajaan Islam Granada ini mempunyai keluasan kira-kira 14 hektar. Kehebatan para cendikiawan Islam yang membina kota tersebut dapat diperhatikan di melalui ukiran-ukiran pintu dan dinding yang melambangkan senibina istana Islam. Begitu juga dengan beberapa binaan yang lain seperti Qutb Minar di India dan lain-lain lagi. Selain kehebatan seni bina Islam itu, kita juga dapat melihat kemahiran para pengukir yang turut sama menghasilkan karya seni ukiran yang agung. Kehebatan seni ukiran ini secara tidak langsung turut sama membantu menjulang kegemilangan sesebuah tamadun.
Terdapat satu lagi keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.

B. Rumusan Masalah
1. Apakah Seni Khat Arab/Kaligrafi Islam?
2. Bagaimana Asal Usul Kaligrafi (Khat) Arab?
3. Bagaimana Sejarah Perkembangan Seni Khat Arab?
4. Bagaimana Sejarah Masuknya Seni Khat Arab dan Pengaruhnya Di Nusantara?

C. Tujuan
1. Mengetahui Seni Khat Arab/Kaligrafi Islam
2. Mengetahui Bagaimana Asal Usul Kaligrafi (Khat) Arab
3. Mengetahui Bagaimana Sejarah Perkembangan Seni Khat Arab
4. Mengetahui Bagaimana Sejarah Masuknya Seni Khat Arab dan Pengaruhnya Di Nusantara


BAB II
PEMBAHASAN

A. Seni Khat Arab/Kaligrafi Islam
1. Seni Kaligrafi
Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang berarti indah dan graphia yang berarti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi SAW.
2. Seni Khat
Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah SAW hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah SAW seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya.
Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam.
Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khat nasakh, thuluth, rihan, muhaqqaq, tauqi’, riq’ah, diwan, ta’liq, nasta’liq dan lain-lain. Namun yang demikian, seni khat yang tertua ialah khat kufi. Khat nasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi. Ia sebenarnya merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkan oleh al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salah seorang menteri di Abbasiyyah yang mahir dalam penulisan khat jenis al-Duri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi pula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi. Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad al-Samsari, Muhammad bin Asad, Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab-terkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai gaya dan bentuk tulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagai gaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yang terkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal sehingga tertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam.

B. Asal Usul Kaligrafi (Khat) Arab
Banyak pendapat yang mengemukakan tentang siapa yang mula-mula menciptakan kaligrafi. Untuk mengungkap hal tersebut cerita-cerita keagamaanlah yang paling tepat dijadikan pegangan. Para pakar Arab mencatat, bahwa Nabi Adam As-lah yang pertama kali mengenal kaligrafi. Pengetahuan tersebut datang dari Allah SWT, sebagaiman firman-Nya dalam surat al-Baqarah ayat 31:
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhya…. “
Di samping itu masih ada lagi cerita-cerita keagamaan lainnya, misalnya saja, banyak yang percaya bahwa bahasa atau sistem tulisan berasal dari dewa-dewa. Nama Sanskerta adalah Devanagari, yang berarti “bersangkutan dengan kota para dewa”. Perkembangan selanjutnya mengalami perubahan akibat pergeseran zaman dan perubahan watak manusia.
Akhirnya muncul tafsiran-tafsiran baru tentang asal-usul tulisan indah atau kaligrafi yang lahir dari ide “menggambar” atau “lukisan” yang dipahat atau dicoretkan pada benda-benda tertentu seperti daun, kulit, kayu, tanah, dan batu. Hanya gambar-gambar yang mengandung lambang-lambang dan perwujudan dari keadaan-keadaan tertentu yang diasosiasikan dengan bunyi ucap sajalah yang dapat diusut sebagai awal pembentukan kaligrafi. Dari situlah tercipta sistem atau aturan tertentu untuk membacanya. Demikian juga sistem tulisan primitif Mesir Kuno atau sistem yang dikembangkan oleh kelompok-kelompok masyarakat primitif.
Pada mulanya tulisan tersebut  berdasarkan pada gambar-gambar. Kaligrafi Mesir Kuno yang disebut Hieroglyph berkembang menjadi Hieratik, yang dipergunakan oleh pendeta-pendeta Mesir untuk keperluan keagamaan. Dari huruf Hieratik muncul huruf Demotik yang dipergunakan oleh rakyat umum selama beberapa ribu tahun. Tulisan yang ditemukan 3200 SM di lembah Nil ini bentuknya tidak berupa kata-kata terputus seperti tulisan paku, tetapi disederhanakan dalam bentuk-bentuk gambar sebagai simbol-simbol pokok tulisan yang mengandung isyarat pengertian yang dimaksud. Kaligrafi bentuk inilah yang diduga sebagai cikal bakal kaligrafi Arab.
Pendapat lain dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah SWT. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahwa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu kkhat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif.
Tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran, terutama Quraisy. Ini berarti ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis walaupun jumlah bilangan mereka adalah terhad sekali. Buktinya tawanan Perang Badar (musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10 orang sebelum dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam. Mana-mana negara yang masih tidak mempu sistem tulisan sendiri pada masa itu mengambil seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring dengan perkembangan pembelajaran Al-Quran.

C. Sejarah Perkembangan Seni Khat Arab
Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah SAW sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini berarti seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang seni yang lain.
Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah SWT.: Iqra’ ( bacalah ),maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas.
Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan sdiri mereka. Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah. Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut.
Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit dan ramai lagi
Setelah itu kewafatan Nabi S.A.W, seni penulisan khat ini tidak terhenti sebegitu sahaja akan tetapi ianya semakin berkembang di setiap zaman bermula dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain lagi. Pada awal tertubuhnya kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi negara. Pada perkembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di dinding-dinding bangunan istana, kubah-kubah masjid, diukir di mimbar-mimbar dan beberapa tempat yang lain. Peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barangan seramik juga tidak terlepas dari lakaran kaligrafi indah ini.

D. Sejarah Masuknya Seni Khat Arab dan Pengaruhnya Di Nusantara
Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada tulisan atau huruf Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa, memandangkan khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa. Justeru tidak menjadi satu keunikan apabila disebut dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kapada Jawa. Khat Jawi memain peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Ini bermakna masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa khat sebelum khat Arab atau khat Jawi. Maka tidak mustahil kalau dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada di tahap kejahilan. Tanpa penulisan mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu kerana setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz. Sesudah kemasukan Khat Arab maka satu revolusi berlaku, diantaranya ialah masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-huruf tersebut. Pengenalan tersebut memberi satu kekuatan baru kepada mereka untuk mempelajari al Quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama Islam.
Sebagaimana yang telah diketahui bahwa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahwa bangsa Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahwa sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenal pasti bahwa khat Arab telah sampai ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2 H.dan mula tersebar di beberapa kawasan di Aceh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang.



BAB III
KESIMPULAN

Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang berarti indah dan graphia yang berarti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya.
Banyak pendapat yang mengemukakan tentang siapa yang mula-mula menciptakan kaligrafi. Untuk mengungkap hal tersebut cerita-cerita keagamaanlah yang paling tepat dijadikan pegangan. Para pakar Arab mencatat, bahwa Nabi Adam As-lah yang pertama kali mengenal kaligrafi. Pengetahuan tersebut datang dari Allah SWT, sebagaiman firman-Nya dalam surat al-Baqarah ayat 31:
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhya…. “
Pendapat lain dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah SWT. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahwa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu kkhat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif.
Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah SAW sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini berarti seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang seni yang lain.
Sebagaimana yang telah diketahui bahwa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahwa bangsa Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahwa sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenal pasti bahwa khat Arab telah sampai ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2 H.dan mula tersebar di beberapa kawasan di Aceh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang.


DAFTAR PUSTAKA

Dewan Redaksi Ensiklopedi Islam. 1997. “Kaligrafi”, Ensiklopedi Islam. Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve
Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 5. 2001
Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7. 2009
http://arisandi.com/asal-usul-kaligrafi/
http://lets-belajar.blogspot.com/2011/12/pengertian-dan-asal-usul-kaligrafi.html
http://wirsablog.wordpress.com/2012/09/15/asal-usul-khat-arab-2/
Muhamad, Hashim, Al Khattat. 1961.  Rules For Arabic Penmanship. Baghdad: The Institute Of Fine Arts
Shiddiq, Noor Aufa, 1409 H. Kaligrafi Arab, Surabaya: Penerbit Bintang Terang
Sirajuddin AR, 1985. Seni Kaligrafi Islam. Jakarta: Penerbit Pustaka Panjimas

2 comments:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites